Catatan

MYCYBERSALE 2017

Imej
Sudah tiba masanya yang ditunggu-tunggu oleh para pembeli online yang tegar!

!!MYCYBERSALE!!



Buat peminat buku, Bookcafe ada tawaran yang hebat sepanjang MYCYBERSALE ini.

Ada FLASH  SALE! Tahun ini mereka menawarkan buku serendah 1 sen senaskah. Saya pernah berpeluang membeli kitab Riyadussolihin dengan harga RM1 sahaja semasa Flash Sale. Kitab ini harga biasanya adalah RM120.

Tetapi bukan mudah sebab terpaksa bersaing dengan beratus-ratus orang untuk merebut buku yang sama dalam tempoh masa yang terhad.

Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk Flash Sale ini ialah
1) Pastikan line internet kuat!
2) Login di website Bookcafe siap-siap beberapa minit sebelum Flash Sale berlangsung. Terus pergi ke page Flash Sale dan tunggu page itu diaktifkan.
3) Login website internet banking juga sebab anda akan diminta membuat bayaran segera.

Selamat mencuba!



Tudung Sekolah

Imej
Ada yang sudah mula buat persiapan untuk musim persekolahan tahun hadapan?

Kali ini Maisya mahu memperkenalkan tudung sekolah jenama Tudung Si Comel.

Sehingga 15 Oktober nanti ada promosi potongan harga untuk pembelian tudung sekolah. Harga jualan yang biasa adalah RM16.90 tetapi untuk tempoh promosi ini harga akan menjadi RM13.90 sahaja sehelai. Jimat RM3!

Tudung Si Comel bukan hanya menjual tudung sekolah putih tetapi pelbagai warna. Warna biru pengawas, tudung kelabu untuk Pengakap, tudung merah jambu untuk Puteri Islam dan banyak lagi.

Kalau nak cari anak tudung pun ada juga. Anak-anak Maisya memang pakai anak tudung daripada Tudung Si Comel. Sudah beberapa tahun, masih elok lagi.

Boleh klik gambar di bawah untuk pergi terus ke laman  web Tudung Si Comel.





Roti Bantal/ Loaf

Imej
Tahun lepas tak banyak mencuba resepi roti yang baru, asyik ulang resepi yang sama cuma ubah sana sini ikut bahan-bahan yang ada di rumah. Ada juga mencuba teknik sponge dough seperti resepi Queen Bread yang agak popular di kalangan blogger masakan pada masa itu.

Maisya ada menjadi ahli kepada Kelab Roti, sebuah group di FB. Banyak juga tips dan ilmu baru yang dipelajari. Contohnya,
1)selama ini Maisya selalu guna air suam untuk buat roti tapi sebenarnya penggunaan air sejuk/air ais sangat bagus untuk menghasilkan roti yang lembut dan bertekstur halus, terutamanya jika uli doh menggunakan mixer atau breadmaker kerana semasa proses menguli doh akan menjadi panas.
2)selama ini juga Maisya selalu menggunakan teknik merehatkan doh 2 kali( uli->biar naik 2 kali ganda->uli buang angin->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar), tetapi rupanya selepas diuli boleh terus dibentukkan (uli->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar). Cara ini lebih cepat dan doh lebih sena…

Homemade Peanut Butter

Imej
Senang rupanya nak buat peanut butter di rumah. Beli yang dah siap di kedai sebenarnya lagi senang...tetapi kadang-kadang datang kerajinan nak bereksperimen di dapur. Ini hasil eksperimen baru-baru ini setelah membaca beberapa resepi di internet dan juga menonton video di youtube.

Mentega Kacang
Bahan-bahan yang perlu:
2 cawan kacang tanah
2 sudu besar minyak 
sedikit garam(kalau mahu)

Kacang tanah dipanggang( atau goreng tanpa minyak).Bersihkan kacang daripada kulit/selaputnya tu. Kisar semua bahan sampai halus dan berkrim. Kena sabar sikit masa mengisar tu sebab ambil masa dan kena selalu berhenti-henti dan kacau bagi rata. Bila rupa dah jadi macam peanut butter yang dijual tu dah siap la maknanya.

Boleh ditambah coklat, atau apa-apa yang disukai.

tips: 
1)Masa mengisar tu kita kisar jangan lama-lama terus-menerus. Kisar beberapa saat, berhenti. Kisar lagi, berhenti....ulang-ulang proses ni sampai siap. Masa berhenti tu kacau-kacau sikit supaya sekata.

Boleh tonton video ini di youtube untuk …

Rainbow Cake

Imej
Setelah lama meninggalkan blog ini tanpa dikemaskini, Maisya kongsikan satu resepi yang telah Maisya cuba pada tahun lepas. Sangat berpuas hati dengan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama ( 2 jam ) untuk membakar kesemua 6 lapisan satu persatu.



Rainbow Cake
taken from http://dairimama.blogspot.com/2011/07/rainbow-cake-by-dorie-greenspan.html
Adapted from Dorie Greenspan

Ingredients
2 1/4 cups cake flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon salt (omit if u’re using salted butter)
1 1/4 cups  milk or buttermilk 
4 large egg whites
¾ cup sugar 
2 teaspoons grated lemon zest 
125gm unsalted butter, softened 
1/2 teaspoon pure lemon extract
Gel or powder food coloring
2 tsp vanilla essence

1. Preheat the oven and put a rack in the middle or upper third of the oven. Butter two 5 inch pans and line with buttered parchment paper.
2. Sift together the flour, baking powder, and salt. In another bowl, whisk together the egg whites and buttermilk. I whisked the mixture using hand for about 1 minute. 
3. C…

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Imej
Selalu tertarik dengan pelbagai juadah yang dipamerkan di blog MASAM MANIS. Kali ini mencuba resepi ini:


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder


4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin


Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata


Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hin…

Nasi Biryani Ayam

Imej
Ini adalah cara yang agak mudah untuk menyediakan nasi biryani ayam. Resepi ini adalah berdasarkan resepi daripada Chef Vah Reh Vah. Boleh rujuk video ini di youtube 




Nasi Biryani Ayam


persediaan:
1. Cuci bersih dan kemudian rendamkan beras basmathi(kali ini maisya cuma guna beras biasa) di dalam air selama lebih kurang 30 minit. Toskan.
2. Sediakan bawang goreng( kuantitinya bergantung dengan kuantiti ayam dan beras yang digunakan )


Bahan perapan:
Cili hijau, dihiris kasar
Daun pudina dan daun ketumbar, dihiris kasar
Halia dan bawang putih , ditumbuk lumat
Serbuk lada hitam
Jintan hitam dan jintan putih
Serbuk cili
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Bay leaf(daun salam)
Mace(bunga pala)
Kulit kayu manis
Cengkih
Buah pelaga(green cardamom)
Black cardamom
Bawang goreng
Minyak 
Yogurt
*Boleh juga menggantikan kesemua rempah-ratus di atas dengan rempah biryani yang dijual di pasaran.


Cara-cara:
1. Perap ayam dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.( lebih lama lebih bagus )
2. Masukkan ayam …